Subhanallah Subhanallah
Assalamualaikum w.b.t kalian semua..
Sungguh.. sungguh pantas masa berlalu. sedar tak sedar ramadhan tahun ini akan tinggalkan kita. Malam tadi last terawih di pusat islam. sedihnya.. dan malam tadi juga, afer terawih, kami sem 1, Unite For Intelligent Quranic Generation, bahagian Dakwah dan tarbiah (Unitar) telah mengadakan salam jamaie di asrama banat. untuk banat sahaja.. agak sedih lah jugak sebab tak dapat kumpul sekali sebab ana ada usrah malam tu.. la ba'sa. Simpulan ukhuwah ini membuatkan walaupun jauh rasa seperti dekat.. kan kan kan
Pagi semalam juga, Unitar pun telah mengadakan munajat perdana di pusat islam.. Alhamdulillah, mudah2an UNIQUE boleh menjalankan taklifat dgn baik.
sedikit selingan
Tak sedar dalam keadaan sedar ni, rupa2nya next week aidilfitri bakal menjelang.. Ya Allah, bagaimana dengan ibadah kami selama ini? Sempurnakah? Khusyuk kah? Diterima kah? Wallahu A3lamu waantum la ta3lamun. benar. Allah lebih mengetahui..
Teruskan beramal wahai sahabatku! kejar fadhilat 10 malam terakhr ramadhan ini. moga kita mendapat gnjaran pada malam al-qadr dengan ibadah2 yang kita lakukan. jom kita rebut peluang keemasan ni.. Betul. Bulan ramadhan ini, nasib sesama kita tak sama. Allah telah memberi peluang ini kepada kita semua.. cuma kita ke kena pilih sama ada kita nak atau tidak peluang keemasan ini.. Sebab itulah masing2 mempunyai natijah yang berbeza..
Sungguh ! Hanya Allah yang berhak disembah. janganlah kita menjadi hamba bulan Ramadhan pula. . Mudah-mudahan, dengan amal ibadah yang telah kita buat dalam masa sebulan ini, kita dapat istiqamahkan ke bulan2 lain. Insya Allah. :)
Doa tanpa henti --> "Ya Allah, matikan aku dalam bulan mulia ini, hari yang mulia dengan kematian yang mulia. Aku takut untuk pergi dari bulan ini kerana mungkin aku tidak dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini"
Wallahu A3lam bissowwab~ ^^