Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Monday, August 1, 2011

~Ramadhan Kareem~



Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog tiha nie.. hari ni ialah first day kita berpuasa. korang semua puasa ke tidak? he3. harap2 korang puasa lah yerk! tiha tak sangka sangat2 yang kite nih dah ada kat bulan ramadhan.. cepat betol masa berlalu.. amacam sahur pagi tadi? bangun sahur ke tidak ? haha.. alhamdulillah.. pagi tadi tiha terjaga jugak bangun sahur. adik tiha si hakim yang kejutkan.. hari pertama puasa nie mesti macam tak daya sangat kan? tak tahu lah kalau korang tak.. kalau tiha,hari pertama nie memang lemah sangat2. nak berjalan pun tak daya kononnye.. hehehe.. terukkan?

tiha ingat lagi beberapa tahun lepas..

 masa tuh, tiha puasa. balik dari sekolah. hari jumaat. macam biasa, hari jumaat bas union memang lambat. penat sangt2 tiha menunggu bas.. entah pukul berapa entah, bas pun datang.. pak cik melayu yang bawak.. dalam bas tuh, kedengaran alunan rentak muzik pahang f.m kalau tak silap. yang kesiannye, tiha sorang je yang berdiri dalam bas tuh.. sedih sangat2. dah la puasa.. pastu, tetibe lagu harapan ramadhan by raihan ft. mambai ni ade kat radio bas tuh.. mase tuh tiha rase memang macam di bulan ramadhan betul lah. nak nangis dah bile dengar lagu tu dalam bas.. best kan lagu nih?




hum.. korang nak tahu tak, sahur penghujung waktu lebih elok tau. penuh keberkatan... masa puasa nih, banyak2kan lah kita makan ikut makanan sunnah. comtohnya, kurma ke, madu ke, tin ke, zafran ke.. pemakanan rasul ni mempunyai impak yang maksima iaitu ceria sepanjang ramadhan...

korang sume mesti nak puasa penuh kan? tiha ingat lagi, masa tahun 5... tiha nie semangat sangat nak puasa. sehinggakan tiha buat jadual puasa. kalau tiha puasa, tiha tick kat jadual tuh.. masa tahun 5 tu tiha puasa penuh tau.. masa tahun 6, tiha tinggal sehari je.. sebab mase balik sekolah, tiha penat sesangat.. tiha pun mintak izin kat mak nak bukak puasa. dalam peti ada air oren kan.. sebab tu lah tiha nak bukak puasa.. he3. mak pun bagi jelah tiha bukak puasa sebab tiha ni merengek banyak kali. hahahaha... sedapnyew air oren tuh... (=


okaylah,tu je tiha nak post utk hari pertama puasa nih.. semoga puasa kita tahun ni lebih hebat berbanding puasa tahun lepas.. (= assalam~!






No comments:

Post a Comment