Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Wednesday, December 14, 2011

TariQ bin Ziyad Penakluk Andalusia

Assalamualaikum. pada hari yang nan bahagia untuk aku sorang ini, aku nak menceritakan tentang Panglima Tariq bin Ziyad. aku nak cerita pasal beliau sebab semalam cerita Suria Di Cordoba telah tamat. (ade kene mengena ke?) bagi aku ada kot. Aku tahu cerita pasal Tariq bin Ziyad ni dah lama. Aku tahu pun sebab aku baca novel. tahun


Tariq Bin Ziyad merupakan keturunan Barbar iaitu hamba. Beliau telah dijual sebagai hamba kepada Musa Bin Nusair. Beliau telah dilantik menjadi pemimpin angkatan tentera Islam ke Andalusia oleh Musa bin Nusair. Raja Andalusia, iaitu Raja Roderiga sangat kejam dan zalim. Rakyat hidup susah. Perempuan cantik diperkosa. Di Andalusia, Julian mempunyai anak perempuan yang sangat terkenal dengan kecantikannya. Tapi malang, anaknya yang bernama Florinda itu diperkosa oleh Raja Roderiga. Oleh sebab itu, Julian meminta bantuan tentera islam yang gagah perkasa untuk menghancurkan Raja Roderiga dan bangsa Gotik yang kejam. 

Dalam novel ni, aku memang kagum dengan Tariq bi Ziyad. Bilangan tentera Islam cuma 12 ribu orang manakala tentera Raja Roderiga 25 ribu orang. Semangat jihad tentera Islam memang kental. mereka berperang demi syahid ataupun mendapat kemenangan. Beliau sentiasa memberi kata2 semangat kepada tenyeranya agar sentiasa berjuang bersungguh-sungguh demi menyebarkan Islam. 

Panlima Tariq bin Ziyad sanggup membakar kapal2nya. Raja Roderiga hanya menganggap Panglima Tariq bin Ziyad sudah gila! Tetapi, Paderi Kristian menerangkan bahawa berkemungkinan Panglima Tariq Bin Ziyad melakukan semua itu untuk bertempur mati-matian. 
Kamu tahu tak, kenapa Tariq Bin Ziyad membakar semua kapal2nya? Beliau lakukan semua itu adalah untuk meniupkan semangat juang agar tenteranya bertempur mati-matian.

"Demi Allah, kita datang ke sini hanya dengan satu tujuan bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Lupakan hasrat mahu pulang kerana kapal kita sudah musnah terbakar! di belakang kita laut, di hadapan kita musuh! kita hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada mahu mengalahkan musuh dan menetap disini ataupun kita semua syahid!"

kata2 keramat panglima Tariq bin Ziyad itu bagaikan minyak yang membakar api jihad dalam jiwa askar Islam. 

Tariq bin Ziyad mencontohi sifat Khalid Al-Walid yang berani. Beliau juga banyak mencontohi sifat Rasulullah dan mengambil iktibar atas Perang Yarmuk, Badar dan lain2 bagi mendapat kemenangan. Beliau sememangnya pemimpin yang hebat kepada tentera Islam ketika itu. Sifat Panglima Tariq bin Ziyad yang gagah berani, jujur, tidak berprasangka buruk, patuh arahan ketuanya iaitu Musa bin Nusair dan berbuat baik kepada tawanan. Hal ini telah membuatkan Islam tersebar dengan luas dan kota2 besar seperti Malaga, Toledo, Granada dan Cordoba ditakluk. 

Tariq bin Ziyad adalah lambang kegemilangan Islam. Oleh sebab keberaniannya, sebahagian benua Eropah disinari cahaya islam. namanya turut diabadikan menjadi nama sebuah bukit di tenggara, Sepanyol iaitu Gibraltar atau dikenali sebagai Jabal Tariq.

memang rugi lah kalau tak baca. aku sarankan, baik korang baca atau suruh orang ceritakan. (=



4 comments:

  1. post pasal dakwah bnyak2...it's fun

    ReplyDelete
  2. 1 perkara yang mnarik! keep it up! sye sker bcer sal niey..;)

    ReplyDelete
  3. sheikh Boba: yeah, i know. minggu lepas, aku pun pikir mcm tuh..

    ReplyDelete
  4. hemy: syukran! blog kamu pun bagus juga..

    ReplyDelete