Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Saturday, June 25, 2011

Semangat Kejiranan

Assalam! tiha dah dapat markah pekse bahasa melayu. Alhamdulillah. dapat A bulat je.. tepat2 80%. Cikgu BM suruh kami sekelas buat pembetulan yang salah ejaan. 1 salah ejaan 100 kali kena tulis semula. Adoish~ dah la tiha salah 5 ejaan.. gagaga.. padan muka kena buat 500 kali! tapi, naseb baek dah siap.. awat tajuk post tiha kali ni "Semangat Kejiranan" ? hahaha.. tiha sebenarnya nak post karangan tiha yang bahagian A nih.. cikgu suruh taip semula dan nanti bagi kat cikgu. Alang2 dah taip, baek post kat blog kan.. boleh share dengan orang2 kat luar sana..



Bahagian A
Huraikan pendapat tentang cara-cara memupuk semangat kejiranan.


Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di kiri, di depan, di belakang, di tingkat atas, dan di tingkat bawah yang meliputi 40 buah rumah dari setiap penjuru. Namun, masyarakat dunia pada hari ini semakin kurang semangat kejiranan dalam diri mereka. Mengapakah semua ini berlaku dalam negara yang sedang menuju wawasan 2020 ini? Masyarakat Malaysia sepatutnya bersama-sama memberi kerjasama dalam membangunkan negara.  Apakah langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan yang semakin pupus di negara ini?

Terdapat banyak cara yang harus diambil untuk membentuk semangat kejiranan dalam diri rakyat Malaysia. Salah satu daripadanya ialah aktiviti gotong-royong. Ketua kampung ataupun ketua kawasan perumahan seharusnya mengambil langkah untuk menjalankan aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan. Dengan adanya aktiviti gotong-royong di sesebuah kawasan perumahan, sikap saling membantu dan bekerjasama dapat dipupuk antara satu sama lain. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sesungguhnya, amalan permuafakatan membawa berkat dalam kehidupan sejagat. Aktiviti gotong-royong sememangnya dapat mengeratkan silaturrahim serta dapat mewujudkan kawasan perumahan yang bersih, indah serta selesa untuk dihuni. Sekiranya aktiviti gotong-royong tidak diambil peduli oleh semua pihak, nescaya semangat kejiranan tidak dapat diterapkan dalam diri mereka.

Sementelah itu, amalan ziarah-menziarahi haruslah diterapkan dalam diri rakyat Malaysia. Janganlah kita bersikap kera sumbang dan pentingkam diri sahaja. Jika terdapat diantara jiran kita yang mengalami kemalangan atau ditimpa musibah, apa salahnya jika kita menziarahi mereka. Hal ini akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan prihatin dalam masyarakat. Dengan cara ziarah-menziarahi jiran tetangga ini juga dapat memulihkan keadaan yang sekiranya selama ini ada perasaan iri hati, benci dan salah faham. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Memulakan hidup baru adalah lebih baik daripada kita hanya berdendam perasaan kepada mereka. Jika amalan ziarah-menziarahi ini diamalkan, sikap ambil berat antara satu sama lain dapat diwujudkan.

Disamping itu, amalan bertukar-tukar juadah juga merupakan salah satu langkah untuk memupuk semangat kejiranan. ‘Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Itulah yang sering ditayangkan dalam iklan televisyen untuk memupuk semangat kejiranan ini. Dengan cara bertukar-tukar juadah, kita dapat mempelajari pula cara untuk menghasilkan makanan yang dibuat oleh jiran kita itu, terutamanya yang berlainan kaum iaitu Cina dan India. Sekali gus, konsep 1 Malaysia juga dapat diterapkan dalam diri mereka. Sekiranya amalan bertukar-tukar juadah tidak dilaksanakan, sudah tentu masyarakat pada hari ini bersikap mementingkan diri sendiri sahaja.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri rakyat pada hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempunyai sikap bertegur sapa dan bantu-menmbantu antara satu sama lain. Jika semangat kejiranan dapat diterapkan dalam diri rakyat Malaysia, sesungguhnya Negara kita amatlah berpotensi untuk mencapai wawasan 2020.


harap2, apa yang tiha post ni dapat manfaat oleh semua pihak.. sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment