Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Friday, August 26, 2011

kenangan raya

mcm biasa awal ayat sebagai umat islam dgn basmalah sera assalamualaikum kepada semu pmbaca blog tiha! ceria tak korang hari ni? tiha tak berapa nk ceria sbnrnya tapi buat2 jelah ceria.

okay,, puasa yang kita rindui selama ini akan meninggalkan kita tak lama lagi.. syawal pula yang bakal menjelang.. apa yang korang rasa ek? nk tahu tak pndapat perasaan hati tiha ni? (mcm lah korang nk tahu sgt!) hurm.. tiha sebnrnya tak rasa apa2 pun. rasa macam bukan di zaman puasa dan bukannya di zaman raya.. kalau masa kecik2 suke sangat dengan hari raya! tapi, kenapa sekarang tiha tak rasa apa2 pun??? oh tiiidaaakk!! kalau masa kecik2 dulu, suke sangat2 dgn raya! nk tengok pengumuman raya lah, maen bunga api tak henti2..

tapi, kalau sekarang.. nk maen bunga apa api pun tak rasa ape2.. dah letak lagu raya kat blog pun, tiha tak rasa apa2.. hesh! kakak kata, kalau dah besar ni, buat kuih raya baru ada rasa nk raya tu! tapi, tiha dah buat kuih raya! tapi, tak rasa pun nk raya! oh~! biarkaan sajalah..

korang, tiha nk citer sikit nih! (ce citer, ce citer)
___________
kisah ni terjadi masa tiha form 2.. masa itu, waktu maghrib dah masuk. esok tu dah nak raya. tiha ngan adik tiha hikmah pun semangat bukak on tv sebab nk tengok takbir raya.. then, dapat lah tengok takbir raya tu dalam astro ria.. adek tiha pun dengan tetibe dier terkejot dan berkate..

"eh, alang! ce alang tengok orang yang pakai baju warne biru tu.. bukan ke dier dah meninggal kn? knp dier ada pulak nih??"

adek aku masa tu darjah 2.. mesti dier ingat takbir tu secara live! padahal yang tu tahun lepas2 punya.. aku pun cakaplah..

"yang maner, hikmah ni?? alang tak nampak pun.." ngeh3..nk kenekan dye!

"ade.. yang duduk sebelah orang pakai baju warne kuning ngan merah tu.. ade lah alang.. nampak tak??"

"asstaghfirullahalazim, hikmah! mane ade! orang yg duduk sebelah orang baju warne kuning tu, terus warne merah.. mane ade warne orang pakai baju warne biru kat sebelah orang pakai baju warne kuning tuh!"

in the same time... andak pun balik dari surau.. hikmah pun tanya kat andak soalan yg same..

"andak, andak nmpak tak orang pakai bju warne biru ni duduk sebelah orang yg pakai bju warne kuning ni??"

aku pun menyampuk dan tunjuk kt tv tuh, "mane ade andak kan.. baju merah, kuning, oren.. tak de pun orang yg pakai bju warne biru duduk antara baju merah dan kuning.. kan3?"

"a'ah lah hikmah.. mane ade" hahaha.. andak aku pandai berkomplot dgn aku nk kenakan hikmah! ngeh3..

"eh, ade lah! hikmah nampak! huaaaa,... orang tu dah meninggal.. mcm mne ade dlm tv pulak ni.. hikmah nampak.. wuaaaaaaa......"

haha.. hikmah dah start nanges! sian dye.. kalau mak dengar mesti mak nak marah nanti ni.. andak pun apa lagi.! pujuk lah dier..

"dah3.. andak nmpak.. andak nampak.. hesh, alang ni! ape lah buat hikmah ni.."

eh, andak nie! dier pun berkomplot jugak tadi! kah3

 _________citer laen pulak..

kisah ni berlaku masa kecik2 beraya dgn abg aku nasrul, hakim dan kekawan acu (abg aku nasrul). tak beraye dgn andak dah sebab andak dah sekolah menengah.. masa tu, berjalan-jalan di waktu petang nk beraya rumah sorang ni.. kawan ayah aku punye rumah..

setelah masuk rumah tu, kami dijemput duduk.. kami pun dihidang kan makanan dan minuman.. korang tau tak air apa yg diorang hidang!? diorang hidang AIR OREN SUNQUICK PANAS! Ya Allah! dah la aku tak suka air tu! nk pulak yang panas!

sorang prmpuan ni hidang sambil berkata,
     "haa.. jemput lah makan.. minum.. ais dah habis lah..minum sampai habis tau! kalau tak habis tak dapat duit raye.."

aku ni pun puas nk menghabiskannya.. dah la gelas besar! panas! tak larat aku nak habis kan! aku pun ckp kt acu,,
     "acu,, tak habis lah.. tak sedap"
    "hish! minum je lah! kang tak dapat duit raya pulak kang", acu cakap mcm tu kat aku.. 

aku pun dengan memaksa diri untuk menerima air itu dan minum sampai habis.. pastu, tibalah masa untuk pulang.. 

korang tahu tak diorang bg berapa duit raye untuk kami?? cis! cuma dapat DUIT RAYA 30 SEN YANG DIBUNGKUS DALAM TISU! sampai hati! kedekut betul! mase dier bg duit raye, dier cakap,,,
   "sorry lah.. tak de sampul"

kahkahkahkahkah! kesiannye kiteorang!

______ okay, itu jelah nk citer.. banyak lagi sebenrnya kengan beraya dgn abg2 aku mase kecik! hahaha..




 




No comments:

Post a Comment