Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Thursday, August 25, 2011

kongsi citer bazar ramadhan

haaa.. pagi2 buta nie, tetiba nak kongsi sikit citer pasal bazar ramadhan. memandangkan tiha tak pergi lagi bazar ramadhan untuk puasa tahun ni. esok tiha pergilah! itupun kalau nak pergi dan rajin untuk bersiap2. 

tiha nak citer sikit, korang tahu tak Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab? kalau korang duduk kat pahang, korang tahu la kot! masih segar bugar dan tidak layu lagi di ingatan tiha ni tau!

citer nye gini, masa tiha sekolah rendah, darjah 2, tiha sekolah sesi petang. start darjah 4 baru sesi pagi. biasalah.. zaman dulu2.  masa bulan puasa je, mesti tiha suka sangat tengok orang2 pasang khemah untuk jual di bazar ramadhat kat depan sekolah tiha.. best sangat2. bazar ramadhan depan sekolah. balik sekolah je, boleh terus beli air.. tiha balik sekolah naik van. jadi, boleh lah singgah sekejap kat bazar beli air! ngeh2. masa tu, darjah2@3 rasanya tiha minum air depan orang ramai kat bazar ramadhan!  tiha beli air oren masa tu, ingat lagi!

lepas tu, ada satu hari ni pulak, tiha rajin lah untuk berpuasa..oleh sebab bazar ramadhan depan sekolah, tiha ni memang cepat lah sangat tergugat imanya.. tiha pun beli ayam kat situ ! sampai je rumah, tiha makan ayam tu dalam bilik! ngeh3. bayangkanlah, masa tu sampai rumah pukul 6, tiha dah curi2 makan ayang ayam dalam bilik! masalahnye, tiha bukan makan semua ayam tuh, tiha cuma ambik secubit aje! hahahaha.. memang batal lah puasa tiha hari tuh!  mak tak tahu pun! kah3.. masa berbuka semalam, baru tiha citer kat mak.. mak tak marah pun.. yelah, buat apa nak marah! bende dah lepas!

kah3! bila kenang2kan balik, rasanya tiha ni memang budak kecik yang paling teruk! darjah 5 baru start puasa penuh! adik tiha  hikmah darjah 4 sekarang pun puasa! kalau dier tak puasa, tiha marah dier! yelah, tak nak dier jadi macam tiha nie.. curik2 makan secubit ayam dalam bilik! okay, tu jelah! bye! nak tido lah. selamat malam semua~~ (=

No comments:

Post a Comment