Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Friday, September 9, 2011

resepi kek batik simple

Assalammualaikum, semua.. semalam, kawan tiha yang dikenali sebagai Atika Zahra telah mengidam untuk makan kek batik. kesian sangat3 dia tu kan.. jadi, tiha pun berhajat untuk menunaikan apa yang diidamkan oleh si Atika Zahra. tiha buat kek batik tu lepas waktu maghrib semalam.. tiha pernah cuba buat kek ni masa raya tahun ni.. tapi, diawasi oleh kakak lah kan.. jadi, malam tadi kakak tak dapat nak tengok tiha buat sebab dia nak pergi temerloh dengan kak teh.. jadi, tiha pun kenalah buat berseorangan.. kesiannye aku.. lupa lah nak amik gambar kek batik tu.. tak pe lah.. google kan ade.. nah gambar dari google..





bahan2 yang diperlukan ialah:

1 Buttercup
1 tin susu cair ( tak kesah jenama pun. tiha gune  Gold Coin)
1 cawan gula
4 biji telur dan esen vanilla (pecahkan telur dan letak sepenutup esen vanilla. pukul rata. tak perlu sampai telur itu kembang)
50g koko
50g milo
1 packet biskut marie (1 biskut marie dipatahkan kepada 2)

cara2 membuatnya ialah:
Mula2 cairkan buttercup di dalam sebuah periuk. letak je buttercup dalam periuk dan api dapur gasnya tak perlu pasang kuat sangat. apinya kecil sahaja. setelah buttercup itu cair, masukkan susu cair ke dalam periuk tadi. kacau rata dulu. lepas tu, terus je masuk gula dan kacau sekejap.. lepas tu, terus masukkan telur yang telah dipukul dengan esen vanilla tadi. kacau3 sehingga rata. jangan berhenti kacau sebab nanti telur menjadi berketul. kacau dan elakkan daripada telur berketul. setelah ia rata, masukkan koko dan milo tadi. kacau4 sehinnga koko dan milo tidak menjadi berbiji-biji. kacau betul3 tau! setelah tiadanya biji2 koko dan milo tadi, dan setelah didih sikit, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. gaul2 sehingga coklat itu rata dan kena ke semua biskut. setelah biskut itu lembut sedikit, maka siaplah kek batik. padam la api gas tu.  turunkanlah periuk tu dari dapur gas. masukkan biskut marie yang telah disalut coklat tadi kedalam loyang yang telah disapu butter. dah masuk tu, sarungkan tangan kamu dengan plastik yang bersih dan agak tebal. kemudian tekan biskut marie yang telah disalut coklat itu untuk mendapatkan permukaan kek batik yang rata dan cantik serta padat. simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

itu saja! mudah kan? selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment