Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Saturday, February 25, 2012

wafatnya kekasih Allah..

 Dan tibalah waktu ajal bertemu,
penuh ketenangan jiwamu berlalu,
 linangan air mata syahdu,
iringi pemergianmu..

oh sukarnya untuk umat menerima,
bahkan payah untuk Umar mempercaya,
tetapi iman merelakan jua,
bahawa manusia kan mati akhirnya..

potongan lirik lagu 'pemergianmu oleh inteam' diatas amat menyentuh hatiku. begitu sedih mengenangkan kekasih Allah, Muhammad S.a.w yang telah pergi meninggalkan umatnya buat selama-lamanya di muka bumi ini. jadi, untuk entry kali ini, saya nak cerita sikit tentang detik2 akhir Rasulullah s.a.w di muka bumi dan bagaimana suasana ketika itu.

Menurut Ali Bin Abi Talib,
"Rasulullah s.a.w mula sakit pada akhir bulan Safar. Baginda telah mengadu kepalanya sakit dan badannya panas. Semasa itu, baginda berada di rumah Siti Maimunah. Oleh sebab sakitnya bertambah teruk, maka baginda berpindah ke rumah Siti Aisyah. Ali bin Abi Talib dan Al-Fadhl bin Al-Abbas yang memapah baginda dengan kepalanya yang berkerudung."

Oleh sebab badan baginda berasa panas, baginda telah meminta dimandikan. Badannya telah disiram dengan 7 bekas air sehingga baginda berkata cukup!cukup!
Kemudian, baginda menyuruh membawanya ke masjid dan orang ramai pun berkumpul.. Rasulullah s.a.w bersabda:
"barangsiapa ada di kalangan kamu yang aku pukul belakangnya, maka silalah pukul belakangku sekarang sebagai pembalasan. barangsiapa yang pernah aku cemarkan kehormatannya,  sekarang aku bersedia dicemarkan kehormatanku sebagai pembalasan. aku suka orang yang mahu mengambil haknya supaya aku merasa tenteram apabila bertemu Allah.."

Keesokan harinya, sakit Rasulullah semakin kuat dan peluh mencurah-curah dari kepalanya. Siti Aisyah menyapu muka baginda dengan air untuk meringankannya. Rasulullah bersabda: 
"wahai Aisyah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat (kesakitannya)."
Rasulullah seperti mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan diberi pilihan lagi untuk kai terakhir. Rasulullah bekata, "bahkan teman sejati di syurga, bahkan teman sejati di syurga."

Siti Aisyah berkata:
"Ketika baginda mengulan-ulang kata2 itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu Allah. aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga menangis yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari hingga luar rumah."

Berita wafat Raulullah tersebar. Ada dikalangan sahabat tidak percaya.

Amat menyedihkan lagi, Umar bin Al-Khattab tidak dapat menahan sedih dan bagaikan tidak percaya apabila mendapati Rasulullah sudah wafat. beliau datang kepada mereka yang berkumpul di rumah Aisyah r.a sambil menghunus pedang dan berkata,
"orang munafik mengatakan Rasulullah sudah mati! tetapi baginda tidak mati! baginda pergi menghadap Tuhan seperti yang pernah dilakukan oeh Nabi Musa yang meninggalkan kaumnya selama 40hari, kemudian beliau kembai semula! sesungguhnya aku yakin Rasulullah pasti akan kembali kepada kita! Aku memberi amaran, sesiapa yang berani mengatakan Rasulullah sudah wafat, akan ku potong tangan dan kakinya!"
wajahnya merah kerana marah...

Tambahan pula, golongan munafik telah mempersendakan orang2 islam dengan berkata, 
"sekiranya benar Muhammad itu seorang Rasul, dia tidak akan mati!!"
kerana kata2 itulah Umar bin Al-Khattab tidak dapat mengawal perasaannya...

Bagi menenangkan keadaan yang kacau bilau, Abu Bakar As-Siddiq berucap kepada orang ramai:
"Wahai saudara sekalian, Nabi Muhammad mengajak kita menyembah Allah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berhak di sembah. Barangsiapa yang menyenbah Muhammad, sekarang baginda sudah wafat. Tetapi, barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati..."

kemudian, Abu Bakar As-Siddiq membaca ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Muhammad itu hanya seorang Rasul. sudah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya baginda wafat ataupun terbunuh, maka kamu kembali murtad? barangsiapa yang kembali kepada asalnya, tidak mendatangkan apa2 mudarat kpd Allah. Allah memberi balasan kpd orang yang bersyukur.."


Umar berpaling kepada sahabat dan berkata, "wahai sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia."
kesedihan menguasai semua. semua menangis. sebahagian menyatakan mereka mencari tempat yang dapat menangis sekuat hati kerana beratnya ujian ini......




p/s:
 kalau kita cinta Rasulullah, ikut lah sunnah baginda. banyakkanlah selawat kepada Muhammad s.a.w.  sekali kita selawat kepada rasulullah, kita akat dapat 10kali selawat dprd Allah s.w.t yakni rahmat.
Wallahu a3'lam bissowwab...

No comments:

Post a Comment