Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Thursday, April 11, 2013

format baru temuduga diploma DQ

Assalamualaikum dan hai dan hello dan hola dan seumpama dengannya.

2 hari lepas, hari selasa aku pergi ke maahad tahfiz negeri pahang kerana ada temuduga diploma DQ di sana. aku pergi pun kerana nak temuduga dan nak tambah pengalaman pasal temuduga2 ni.. 
di sana, aku jumpa dengan nadiah dan wani isa. Agak tidak sangka lah dapat temuduga tu. sebab rasanya masa isi borang tu macam ada yang tak lengkap je.

okay, aku nak cerita sikit tentang temuduga ni.. sampai di sana pukul 8 pg.. pendaftaran pukul 8.30. but, orang2 yang menguruskan kami ni sampai agak lewat lah.. dalam pukul 9.20 macam tu..

apabila masuk je ke bilik tu, iaitu bilik ujian bertulis, semua orang mengambil tempat masing2. then, ustaz tu mengatakan bahawa tahun ini, temuduga untuk diploma DQ adalah format baru..

oh, okay. apa yang baru tu?

generally, ujian bertulis akan dilakukan dahulu dan disusuli hafazan. tetapi tahun ini, hafazan akan dilakukan terlebih dahulu beserta tilawah.. nadiah menjadi orang first. apabila nama dipanggil, ustaz akan memberi muka surat untuk kita tilawah dan hafaz ayat quran muka surat tersebut..

alhamdulillah, aku dapat surah furqan muka surat 362.. masa yang diberi 40 minit untuk menghafaz.. bagi yang telah menghafaz 28 juzuk keatas, masa yang diberi untuk menghafaz ialah 10 minit sahaja..

seterusnya, ujian bertulis dijanjikan akan dijalankan pada pukul 1.. tetapi, ia berlangsung pada pukul 1.40 tgh hari dan tamat pada pukul 2.40.. masa yang diberi 1 jam sahaja...

apakah soalan2 ujian bertulis itu?

soalan2 yang dikemukakan ialah bahasa arab, tajwid, dan psikologi..

bahasa arab: 30 soalan (30 markah)
tajwid        : 30 soalan (30 markah)
psikologi   : 40 soalan (20 markah)

soalan bahasa arab itu persis seperti soalan2 bahasa arab tinggi yang kita dah belajar tu.. cuma ia dlm bentuk soalan aneka pilihan.. jadi, mesti kena buat revision tau2..

soalan tajwid memang meluas merangkumi semua aspek.. juga merupakan soalan berbentuk aneka pilihan..

soalan psikologi???? soalan ini cuma merangkumi mengenai minat kita, perwatakan kita, dan lain2 seperti pendirian... soalan ini cuma berbentuk mudah.. tandakan di dalam kotak sama ada betul atau tidak..

contoh soalan, "saya seorang yg berdikari" betul atau tidak. "DQ sama baiknya dengan IPTA" betul atau tidak??

haaa.. macam tu sahaja lah temuduga nya.. 

Aku tak tahu sama ada aku layak untuk diploma ni ataupun tudak.. kerana memang hakikatnya untuk masuk ke DQ ini amat payah.. sekurang2nya, aku dapat pengalaman untuk temuduga dan share dengan korang semua.. 

just redha dengan ketentuan Allah dan yakin mungkin itu bukan rezeki kita dan yakin rezeki kita di tempat lain, insyaAllah .. kita cuma berusaha dan tawakal.. Allah sahaja yang menentukan segala2nya..

moga entry ni dapat membantu korang semua yang akan mendapat temuduga diploma DQ kelak.. insyaAllah.. ^.^

No comments:

Post a Comment