Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Wednesday, April 17, 2013

Aurat muslimah dengan wanita non muslim

Salam alaik kepada orang yang tengah baca sambil terkelip mata sambil makan ice cream maybe atau yang sambil ape ape je lah.

haa,,, nampak tak title kat atas tu.. bukan apa sekarang ni kebanyakannya wanita islam yang memakai tudung tapi, tak tahu auratnya dengan wanita yg bukan islam..  for instance, suka suki je ye bukak tudung dlm rumah yang mana roomate kita tu orang bukan islam kan.. haaa.. contoh lain, yang clishe sangat, gunting rambut dekat kedai orang cina.. ni selalu lah kita dengar kan..

tahu tak wahai kaum2 hawa sekalian,,, apa hukumnya???

Hukumnya, seorang wanita islam tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan wanita non muslim sebagaimana ia tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan lelaki yang ajabi yakni yang bukan mahram dengan nya..

faham tak? jadi jangan la suka suki je tayang aurat ye..
oh ye, ana pernah terbaca novel karya Fatimah Syarha.. novel ni memang menyentuh jiwa dan memberi motivasi.. dalam satu babak ni, seorang wanita islam yang mana duduk sebilik dengan kawannya iaitu seorang wanita non muslim.. wanita islam ni betul2 menitik beratkan auratnya dan sentiasa menutup aurat di hadapan wanita non-muslim ni. wanita non-muslim ni seorang yang memang suka sebarkan agamanya iaitu Kristian.. tetapi, suatu hari dia telah mendapat hidayah.. dia menangis kerana terlihat tulisan Allah di badan anak kucing yang baru dilahirkan.. dia pun mengucap 2 kalimah syahadah... Wanita islam ini yang baru sahaja masuk ke dalam bilik menyaksikan kejadian tersebut.. dan bersyukur kerana sahabatnya itu telak memeluk agama islam.. Wanita islam ini pun menanggalkan tudungya menunjukkan mereka bersaudara seagama Islam.. oh, sweetnye~

jadi, muslimah2 sekalian, tutup lah aurat kamu sebelum ditutupkan.. jaga aurat di hadapan lelaki ajnabi dan dengan non muslim di luar sana.. tau2..


No comments:

Post a Comment