Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Monday, January 2, 2012

Sayangilah kucing~

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwah.

Hari ini saya dah selamatkan kucing saya yang bernama pesu.
Pesu panjat atas bumbung dan tak tahu macam mana nak turun.
 dah 3 hari berturut-turut saya menyelamatkan dia. 
 nasib baik kat belakang rumah ada tembok.
 boleh jugak saya panjat tembok untuk selamatkan kucing kesayangan saya tu..

Baiklah, post saya kali ini ada kaitan dengan kucing. Sebenarnya, haiwan pun ada hak keatas kita. Haiwan2 diatas muka bumi ini ada hak untuk dimuliakan kerana semua makhluk hakikatnya sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahu Wata3ala. Jadi, kenapa perlu kita menghalau atau memperlakukan haiwan yang sentiasa berzikir kepada Allah dengan perlakuan tidak beradab? Sayangilah kucing.. Lebih-lebih lagi jika kucing duduk di dalam majlis ilmu.

Rasulullah S.A.W juga mempunyai seekor kucing yang bernama Mueeza. Suatu hari, Rasulullah ingin mengambil jubahnya. Didapati, kucingnya itu sedang lena tidur diatas jubahnya. Oleh sebab Rasulullah tidak mahu menganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya. Ketika Rasulullah kembali semula ke rumah, Mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada Rasulullah. Rasulullah pun meluahkan kasih sayangnya dan mengusap Mueeza sebanyak 3 kali sebagai balasan..
Lihatlah sifat baginda.. dan contohilah. Begitu mulia sifat baginda..

Sayangilah kucing seperti kamu menyayangi keluarga sendiri. Ketahuilah, hukum orang yang menyiksa kucing ialah azab neraka kelak. jadi, sesiapa yang ada pelihara kucing tu, jangan lupa bagi kucing kamu makan. sesiapa yang tak mempunyai kucing pula, jangan menyakiti kucing2 yang kamu nampak di jalanan. kasihanilah haiwan manja itu. sekurang-kurangnya, berilah sedikit makanan bagi mengalas perut kucing yang kelaparan itu..Bukan sahaja berbuat baik kepada kucing, malah kepada haiwan2 lain juga..

Wassalam.. ilal liqo'!

1 comment: