Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Saturday, July 28, 2012

finalis imam muda musim ke-3

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagaimana yang telah kita ketahui (InsyaAllah, korang tahu) bahawa sesungguhnya tahun ini merupakan musim ke-3 untuk rancangan imam muda. Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa rancangan Imam muda musim ketiga itu sudah sampai ke kemuncaknya.

Sesungguhnya, saya tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini. Kenapa? kerana televisyen di rumah saya mengalami sedikit masalah iaitu 'sound trouble'. Oleh sebab itu, televisyen yang dah lama itu lagi tenat telah dihantar ke hospital. Jadi, hidup saya ini lebih kurang mudah diertikan bagai katak di bawah tempurung kerana tidak mempunyai apa-apa sumber daripada media elektronik untuk mengetahui serba-sedikit mengenai isu semasa sekarang. Akan tetapi, hidup ku bernasib baiklah juga kerana masih mendapat media cetak seperti News Straits Time dan Berita Harian yang sering kami sekeluarga langgani...

Okeyh, cakap pasal program imam muda tu kan, setahu aku, hanya tinggal  3 orang je finalis.

(Dari mana kamu tahu? kan kamu tak de tv kat rumah?)

Saya tahu lah. kan saya ada bf fb. jadi, tadi aku online fb, pastu ade lah entry pasal imam muda ni kan.. 3 orang finalis tu ialah Naufal, Hafiz dan Jabar..

JABAR

NAMA:     ABDUL JABBAR B. MOHAMMED KAHAR
NAMA TIMANGAN:     JABAR
UMUR:     28 TAHUN
TARIKH LAHIR:     30 JANUARI 1984
TEMPAT LAHIR:     KAJANG, SELANGOR
PENDIDIKAN:     AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)
PEKERJAAN:     PENOLONG PENSYARAH

HAFIZ


NAMA:     MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL KADIR
NAMA TIMANGAN:     HAFIZ
UMUR:     27 TAHUN
TARIKH LAHIR:     23 SEPTEMBER 1984
TEMPAT LAHIR:     KUALA LUMPUR
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI MALAYA
PEKERJAAN:     MAHASISWA / IMAM MASJID

NAUFAL

NAMA:     ABDUL RAHMAN NAUFAL BIN MOHD HATTA
NAMA TIMANGAN:     NAUFAL
UMUR:     21 TAHUN
TARIKH LAHIR:     8 APRIL 1991
TEMPAT LAHIR:     JOHOR BHARU
PENDIDIKAN:     UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
PEKERJAAN:     MAHASISWA
(Eh,mana imam muda Megat, Arrazi dan Omar? Dah terkeluar ke?)

hem!tu lah pasal.. aku pun minat imam muda Megat dari mula sebab tengok gaya dan cara dia tu, macam boleh pergi ke final.. dia kan dapat pendidikan dari Al-Azhar, mesir..  tapi, nasib tak menyebelahinya..

(Jadi, kalau Megat dah tak smpai ke final, kamu rasa siapa yang akan jadi juara?)

ehem2. saya pun tak tahu. sebab bagi saya semua hebat belaka. tapi, menurut firasat hati saya, saya sokong Hafiz dan Jabar kot..
 
sekian, terima kasih..

No comments:

Post a Comment