Kerana dunia bukan milik kita...

Niat yang ikhlas memastikan langkah sentiasa tepat

Matlamat yang jelas memastikan semangat sentiasa kuat

Kerana mati syaratnya bukanlah tua...

Friday, August 10, 2012

rapatkan saf, luruskan saf

"pak cik, rapat ke sini sikit'', kata seorang pemuda yang berdiri di hujung kedua akhir dalam satu barisan saf.

"tak payah lah. Panas..", jawab si pak cik dengan senang lenang.

"eh, mana boleh pak cik. Pak cik ni dah kira terputus saf ni.. " si pemuda bertegas kerana si pak cik berdiri di sebelahnya  lebih kurang sehasta jauhnya..

Si pak cik tidak mengendahkan pemuda itu dan terus menunaikan solat apabila imam melafazkan 'Allahu Akbar' tanpa merapatkan safnya.

**********setelah selesai solat terawih sebanyak 8 rakaat, si pemuda berhajat untuk pulang dan tidak menunaikan solat witir kerana ingin qiam untuk tahajjud dan witir sekali…

"pak cik, saya bukannya apa, saya cuma mahu pak cik rapatkan saf saja sebab penting.." si pemuda berkata kepada si pak cik dengan nada yang lembut..

"kamu tak payah la nak komen2  saya. Kamu tahu tak apa maksud bersenang2 dalam terawih ni.."

"pak cik, saya bukan nak komen pak cik..saya cuma…."

"dah la saya nak solat ni. Jangan kacau saya!"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang semua mesti pernah kan mengalami situasi seperti ini, iaitu situasi makmum yang amat payah untuk rapatkan saf. Bila imam suruh rapatkan saf, mesti buat endah tak endah je. Mesti ada segelintir yang bukan main jarak tanpa merapatkan saf..

Okay, jom kita fahamkan apa maksud si pak cik dengan bersenang-senang tu..

Apa makna terawih? Terawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan solat 4 rakaat.. Erti terawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat.

Solat terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu isya'. Biasanya jemaah akan duduk berehat setelah mengerjakan 4 rakaat solat terawih seterusnya  membaca zikir ataupun berdoa sebelum disambung semula dengan 4 rakaat lagi sehingga cukup 8 atau 20 rakaat.

Jadi, adakah bersenang-senang itu bermaksud kita sewenang-wenangnya bersenang2 untuk tidak merapatkan saf? Sesungguhnya tak lah! Rapatkan saf itu mesti ketika kita solat berjemaah..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, " luruskan saf-saf, rapatkan bahu-bahu, tutuplah celah-celah yakni renggang antara kamu dan berlemah lembutlah terhadap saudara kamu. Janganlah biarkan ada celah untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan hubungan dengannya." (riwayat Abu Daud)

Hmm.. Maksud berlemah lembut dengan saudara-saudara kamu ialah seseorang muslim itu hendaklah menurut arahan saudaranya ketika membuat saf sama ada jika dia diarahkan untuk kebelakang atau kedepan atau seumpamanya agar saf sama dan lurus..

Allahu a3lam bissowwab!

No comments:

Post a Comment